Halle Berry dedah sudah menopause

MERAIKAN fasa ‘emas’, pelakon Halle Berry yang sudah mencecah umur 58 tahun mendedahkan tidak lagi datang bulan.

Terbuka mendedahkan sudah 365 hari tanpa haid, aktres yang kekal menawan pada usia lebih separuh abad itu mengakui menikmati peralihan usia dengan tenang.

Dalam satu wawancara, bintang filem Moonfall itu merayakan momen berkenaan menerusi ‘shiesta’ iaitu istilah digunakan bagi menggambarkan perayaan bagi perempuan yang memasuki era menopause.

Saat seorang perempuan menyedari bahawa dia telah mencapai menopause, kita patut meraikan ‘shiesta’ bagi pelbagai pencapaian lain dalam hidup,” ujarnya.

Berry yang menderita diabetes tahap 2 mengakui dapat mengendalikan penyakitnya sehingga tidak perlu menggunakan insulin yakin mampu melalui fasa menopause dengan lancar.

“Saya yakin mampu melakukan apa sahaja kerana menjalani hidup sihat dengan ikut pola pemakanan, bersenam serta mengutamakan kesejahteraan,” tuturnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok