Rodtang Jitmuangnon sarung Baju Melayu di Tokyo

PENAMPILAN  jaguh Muay Thai, Rodtang Jitmuangnon dalam persalinan baju Melayu Elrah Exclusive ketika sesi Face-Off acara ONE 172 baru-baru ini mencuri perhatian dunia.

Rodtang yang terkenal dengan gaya pertarungan agresif, tampil segak mengenakan baju Melayu hitam lengkap bersamping dan songkok, sekali gus mengangkat pakaian tradisi Melayu ke pentas antarabangsa.

“Ini bulan Ramadan, jadi saya pakai baju Melayu Elrah sebagai tanda penghormatan kepada masyarakat Muslim,” katanya.

Momen istimewa itu dikongsikan di laman rasmi One Championship dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat seni bela diri serta rakyat Malaysia yang bangga melihat warisan mereka diketengahkan di peringkat dunia.

Sementara itu, Pengasas Elrah Exclusive, El Azman meluahkan rasa terharu apabila jenama tempatan berjaya menembusi pentas global melalui seorang juara Muay Thai bertaraf dunia.

“Seorang juara dunia mengenakan baju Melayu di pentas global seperti ONE Championship Tokyo.

“Bukan sekadar kain yang membalut tubuh, tetapi maruah, warisan dan identiti yang dijulang.

“Jika bukan kita yang mengangkat kebanggaan bangsa, siapa lagi? Jika bukan kita yang memperkenalkan pakaian warisan ke mata dunia, siapa yang akan peduli?,” ujarnya.

Tambahnya lagi, pemilihan rona hitam sebagai tema busana Rodtang bukan sekadar untuk bergaya, sebaliknya membawa makna yang mendalam.

“Hitam bukan sekadar warna, tetapi simbol keberanian, ketegasan dan kekuatan.

“Dalam dunia fesyen, hitam juga membawa elemen eksklusif, elegan dan dominasi. Hari ini, seorang juara menyarungnya di gelanggang. Esok, dunia akan tahu ini warisan kita, ini identiti kita,” luahnya.

Kejayaan Elrah Exclusive menembusi arena antarabangsa membuktikan jenama tempatan mampu bersaing di peringkat global.

Dari sekadar jenama lokal, kini Elrah Exclusive dibawa ke pentas sukan berprestij dunia di Tokyo, menjadikan baju Melayu sebagai satu identiti yang tidak lapuk ditelan zaman.

“Elrah Exclusive ‘Terpaling Mendonia 2025’! Bukti bahawa kita mampu membawa pakaian tradisi Melayu ke mata dunia.

“Dengan barisan duta yang hebat dan penuh karisma, jenama ini semakin kukuh sebagai simbol kebanggaan fesyen Melayu,” ujarnya.

Penampilan Rodtang dalam baju Melayu bukan sekadar fesyen, tetapi simbolik kepada keagungan budaya yang terus berkembang di mata dunia. – HIBGLAM.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ELRAH WORD WIDE (@elrahworldwide)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok