Syasya Rizal ‘belanja’ wajah anak dalam video muzik 

Bukan sahaja membuat kejutan melancarkan lagu, penyanyi Syasya Rizal mendedahkan wajah anak lelakinya dalam muzik video single berjudul Raya Pum Pang.
Dalam video muzik terbabit, Syasya atau nama lengkapnya Nursyasya Afiqah Shahrizal, 24, dilihat sedang memangku seorang bayi yang menjadi perhatian netizen.
Tiada lagi rahsia, bekas ahli kumpulan Dolla itu menjawab persoalan netizen dengan mengesahkan itu kemunculan pertama, anaknya Yassir Hayyan buat tontonan umum.
Ya awak, Yassir debut,” katanya ringkas.
Bagaimanapun, Syasya dilihat sudah memadam hantaran tersebut dalam InstaStory.
Bukan hanya itu, Syasya turut menampilkan pelakon, Nur Fazura sebagai rakan duet dalam lagu rayanya.
Dalam masa sama, Syasya berharap peminat menerima lagu terbaharunya yang dilancarkan semalam.
Saya harap kalian suka dengan lagu raya istimewa daripada kami. Mari kira ber ‘Raya Pumpang’ sama-sama okay,” ujarnya.
Sebelum ini, Syasya dilihat ligat menjalani latihan vokal dipercayai di bawah bimbingan seorang guru profesional sekali gus memberi bayangan kembali serius dalam bidang nynyian.
Awal Mac 2024 Syasya membuat kejutan apabila mengumumkan undur diri daripada Dolla berikutan hal peribadi yang tidak dapat didedahkan.
Pada 20 April penyanyi terbabit mengesahkan dirinya sudah bernikah dengan rakan abangnya, Nasrullah Mohd Sapie, 24.
Pasangan terbabit dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan yang dilahirkan pada 23 Disember lalu. – HIBGLAM
Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok