CUKUP sampai di sini.’
Itu respons pelakon Linda Hashim saat ditanya tentang keengganan suaminya, Beego melafazkan talak hari ini.
Menurut Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim , 41, dia faham kehendak suaminya yang masih mahu mempertahankan rumah tangga mereka tetapi hatinya sudah nekad untuk bercerai.
Sudah tentu siapa yang berkahwin akan cuba mempertahankan perkahwinan mereka. Tetapi bagi saya cukup sampai di sini sahaja. Saya dah tak boleh nak teruskan perkahwinan ini.
“Semoga dipermudahkan urusan saya untuk sebutan kes yang kedua hari ini,” katanya ketika ditemui HibGlam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.
Terdahulu, Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, ketika ditemui pagi tadi menegaskan dia enggan menceraikan isterinya dan mahu berunding agar dapat selamatkan perkahwinannya. – HIBGLAM