ISTERI kepada pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh mendakwa dirinya menjadi mangsa penderaan mental suaminya.
Malah, pemilik nama lengkap Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 38, dikatakan tidak mengendahkan keadaan Fara sepanjang wanita itu berada di hospital.
“Tak pernah nampak batang hidup selama saya masuk wad, tak tanya khabar.
Berhenti buat provokasi menggunakan telefon orang gaji, saya sudah lama diam dan pendam.
“Awak tak nak tanggungjawab awak diam, sepatutnya beri sokongan mental bukannya tengking dan bentak saya,” katanya dalam hantaran InstaStory.
Pun begitu, Fara berkata, dia akan mencari pendapatan sendiri tanpa mengharapkan Shuk buat keperluan anak yang bakal dilahirkan kelak.
Masa di Paris pun awak hina, cakap saya mengandung anak haram.
“Insya-Allah saya boleh cari duit sendiri untuk sediakan barang anak dan bersalin nanti.
Saya tak takut hilang awak, berseronoklah hidup dengan kawan-kawan ya,” ujarnya lagi.
Dalam hantaran berbeza, Fara juga memberi bayangan mahu membawa perkara tersebut ke muka pengadilan tidak lama lagi.
Mohon beri kerjasama dekat mahkamah nanti,” tegasnya.
Sebelum ini, Fara mengejutkan ramai apabila menyatakan kekesalan terhadap institusi perkahwinan seolah-olah memberi bayangan mengenai keberantakan rumah tangganya dengan Shuk yang belum pun cecah setahun.
Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November 2023 dan ini merupakan perkahwinan kedua pelawak itu.
Syuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun. – HIBGLAM