Bersempena fenomena drama bersiri, Gadis Masa, Viu Malaysia menjalin kerjasama dengan Aloft Kuala Lumpur Sentral menerusi hidangan istimewa, Gadis Masa: Destiny Bites Platter.
Bermula dari 23 Januari hingga 31 Mac, para peminat boleh menikmati hidangan platter istimewa ini pada harga RM35 serta akses percuma Viu Premium selama 14 hari untuk menonton Gadis Masa.
Bukan itu sahaja, peminat juga berpeluang untuk menyertai sesi beramah mesra eksklusif bersama para pelakon.
Gadis Masa dibintangi Mira Filzah, Syafiq Kyle dan Tracie Sinidol merupakan idea asal dari Syarul Akmal, yang juga penulis bersama untuk siri komedi romantik Viu Original 2022, Ijab Kabut.

Episod akhir siri Gadis masa lakonan Mira Filzah dan Syafiq Kyle bakal ditayangkan pada 26 Februari 2025.
Diterbitkan oleh Cinemalaya Studios, siri ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Razak Ahmad, Dian P Ramlee, Bella Dowanna, Aleza Shadan, Azhar Sulaiman, Amanda Ang, Haziq Hussni, Nadia Aqilah, Sherry Ibrahim, Ben Tan, dan Fadlan Hazim. – HIBGLAM
Maklumat lanjut, klik: https://www.instagram.com/p/DGDSPcNSI2H/