Kemurungan kronik, Zahnita pernah ‘serah diri’ ke wad psikiatri

MENGALAMI kemurungan kronik, model dan pelakon sensasi Zahnita Wilson mengakui pernah ‘menyerah diri’ ke wad psikiatri  sebuah hospital pada 2019.

Bagaimanapun, Zahnita atau nama lengkapnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, menenghentikan hasrat tersebut selepas melihat keadaan lebih 50 pesakit lain yang jauh lebih teruk daripadanya.

“Terus terang saya pernah ke wad psikiatri di mana ketika itu saya berada pada tahap terendah dalam hidup sehingga merasakan perlu ditahan di wad berkenaan.

Tetapi apabila saya sampai di wad tersebut, saya tengok keliling ada ramai pesakit lain yang menunggu giliran malah keadaan mental mereka jauh lebih teruk daripada saya.

“Jadi saya rasa tidak patut berada di sana sebab tidak seteruk mereka dan memilih untuk pulang ke rumah,” katanya kepada HibGlam, hari ini.

Zahnita yang diumumkan sebagai wajah NR Cosmetics bagi kempen Syawal 2025 mengakui hilang arah pada waktu itu sehingga perlu mendapatkan bantuan pakar psikiatri.

Tambah ibu kepada empat anak itu, dia kemudian mencari ketenangan dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Mungkin kerana saya hilang arah pada waktu itu.

“Saya mencari ketenangan dengan membaca al-Quran dan berdoa kepada Allah,” ujarnya.

Menurut Zahnita lagi, suaminya, Abdul Zackery, 47, individu yang bertanggungjawab membawanya ke wad psikiatri bagi membantunya pulih daripada masalah kemurungan.

“Dia (Abdul Zackery) yang bawa saya ke wad psikiatri berkenaan.

Mungkin ketika itu dia nampak saya di tahap terendah dalam hidup,  tidak tentu arah.

“Jadi dia cuba untuk mencari orang yang boleh bantu saya dengan segera,” ujarnya.

Terdahulu, pada 3 Disember 2024, Zahnita nekad memfailkan cerai terhadap Abdul Zackery di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang susulan pendedahan dirinya berdepan penderaan domestik.

Abdul Zackery ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan namun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang atas pertuduhan melakukan kecederaan terhadap Zahnita.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata, Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun.

Perkembangan lain, Zahnita dilantik menjadi wajah kempen raya 2025 untuk produk NR Cosmetics dan merupakan duta pertama syarikat terbabit selepas lapan tahun beroperasi. – HIBGLAM

 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok