Isteri Ridzuan Ridzokumura meninggal dunia

ISTERI kepada usahawan dan pempengaruh Ridzuan Ridzokumura, Akiko Okumura meninggal dunia hari ini.

Berita tersebut disahkan sendiri oleh Ridzuan atau nama sebenarnya Abd. Ridzuan Abdul Mutalib dalam hantaran Instagram tanpa memperincikan punca kematian isteri.

Al-Fatihah buat arwah isteri saya, Akiko telah pergi meninggalkan saya dan anak selamanya,” katanya ringkas.

Rata-rata rakan selebriti turut meninggalkan ucapan takziah dan kata-kata semangat buat Ridzuan.

“Salam takziah Dekwan (nama panggilan Ridzuan) dan Sky. Semoga tabh menerima ujian ini,” uajr Elyana.

Semoga isteri abang ditempatkan dengan orang-orang beriman, amin. Al-Fatihah,” tutur Fatiya Latiff.

“Al-Fatihah, ya Allah abang Ridz (nama panggilan Ridzuan). Kuat ya,” kata Datin Atikah Suhaime.

Sementara itu, anak saudara Ridzuan iaitu pelakon Zarina Zainuddin turut mengucapkan takziah atas pemergian isteri usahawan terbabit.

Isteri pak cik Ridzuan telah meninggal dunia. Semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” jelasnya dalam hantaran Instagram.

Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu SKy Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.

Akiko juga sangat dikenali kerana rajin menghidangkan juadah buat anak lelakinya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok