‘Hantaran RM50,000 pun layak’ – Amira alun surah al-Buruj

BELUM reda gosip cinta dengan Fattah Amin, Amira Othman terus mencuri  perhatian netizen selepas tular video dia mengalunkan bacaan al-Quran baru-baru ini.

Menerusi video tular itu, Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, 32, berpakaian serba putih membaca potongan surah al-Buruj.

Amira kelihatan tenang mengalunkan bacaan dengan merdu dan lancar sekali gus mencetuskan pujian ramai.

Rentetan itu, ramai berpendapat Amira adalah calon isteri yang baik dan nama Fattah tidak terlepas daripada menjadi sebutan.

“Fattah maaf, mak saya sudah ‘cop’ dulu Amira untuk dijadikan menantu.

“Suara yang bawa ketenangan, lengkap pakej Amira! Semoga terus sebar kebaikan.

“Ambil yang inilah jadi isteri Fattah! Jangan fikir lagi.

“Ini kalau minta hantaran RM50,000 pun layak,” komen netizen.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok