Fizz Fairuz bangga tengok anak kecil masuk tahfiz

MELIHATKAN suasana dan persekitaran semasa dalam kehidupan seharian kini, pelako juga penyampoai radio popular, Datuk Fizz Fairuz mengakui sedang berdepan cabaran besar bukan hanya sebagai anak seni,  lebih besar lagi sebagai ketua keluarga dalam menentukan masa depan anak-anak.

Jelasnya, banyak perkara yang harus diambil kira semasa mendidik anak-anak yang sedari kecil sudah terdedah dengan gajet dan internet yang pastinya memberikan impak berbeza berbanding individu yang lahir 20 atau 30 tahun lalu lalu.

“Memang besar anak-anak zaman sekarang hidup berbeza dengan zaman saya dahulu. Sekarang semuanya sudah di hujung jari dan mereka lebih mudah meneroka apa sahaja yang dimahukan.

“Saya sendiri masih memantau aktiviti anak-anak jika berada diri rumah. Apa yang mereka lihat
dan apa yang mereka tonton juga perlu diketahui. Kalau ada yang tak betul kita boleh tegur,” jelasnya.

Tambah pelakon Mat Tudung itu lagi, pendidikan awal amat penting dalam membentuk sahsiah dan jati diri kanak-kanak sebelum mereka membesar dan boleh berdikari.

Dia sendiri sentiasa memberikan ingatkan kepada kesemua anak-anaknya bahawasa ilmu dan pendidikan amat penting yang akan menjadi bekal mereka dikemudian hari.

Paling penting adalah asas agama memandangkan itu yang akan menjadi benteng kepada kehidupan anak-anak dikemudian hari.

Jelas suami kepada pelakon Almy Nadia ini lagi, dia sememangnya menerapkan ilmu agama kepada anak-anak mereka dan  gembira sekiranya ada di antara mereka yang bakal menjadi penghafal al-Quran pada masa hadapan.

“Saya teruja sebenarnya bila dapat tahu ada sekolah tahfiz sudah dibuka yang memberikan tumpuan kepada anak-anak pra-sekolah, contohnya di Pahang.

“Bila dapat tahu sahaja kewujudan pusat pra-sekolah seperti itu, sudah tentu saya teruja memandangkan jarang sekali adanya pusat pengajian yang memberikan tumpuan hafazan al-Quran untuk kanak-kanak.

“Rasanya ibu-bapa di Pahang dan kawasan sekitar boleh mempertimbangkan untuk menghantar anak-anak ke sana. Setidaknya ini akan jadi bekalan mereka dikemudian hari,” katanya merujuk kepada Tadika Tahfiz Negeri Pahang.

Sebagai info, Fizz mendirikan rumah tangga bersama Almy pada 2014 dan pasangan ini dikurniakan Nur Afrina Arianna, 10; Nur Afrina Aurora, 9, Nur Afrina Ayra, 7, Nur Afrina Aisyah, 4, dan Nur Afrina Alisya, 5 bulan. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok