Orang ramai sempat berinteraksi dengan artis terkenal dan pempengaruh popular yang merupakan barisan duta Jakel menerusi sesi Meet & Greet di bangunan Jakel hari ini.
Pengunjung hadir beramah mesra bersama Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi keluarga, Cik Epal serta Elly Mazlein.
Turut memeriahkan sesi berkenaan termasuklah anggota kumpulan pelawak Senariounion, Anzalna seisi keluarga, selain Upin & Ipin termasuk Tiktoker Sallywho.
Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn. Bhd., Datuk Wira Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata, acara yang bermula 9 pagi hingga 2 petang itu bertujuan merapatkan hubungan pelanggan dengan Jakel pada masa sama, membuka peluang khalayak melihat produk terkini ditawarkan sempena Raya Aidilfitri tahun ini.
“Kita berharap para pelanggan serta peminat gembira dapat bertemu dan beramah mesra dengan barisan duta-duta kami sempena kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.
“Para pengunjung bukan sahaja bertemu, malah mereka bergambar dengan barisan duta yang hadir,” katanya di sini hari ini.

Mohamed Izani (tengah) bersama duta-duta jenama Jakel bagi Aidilfitri tahun ini.
Tambah Mohamed Izani, Jakel turut mengadakan kuiz interaktif yang bakal menawarkan hadiah menarik kepada para pengunjung.
“Demi menghargai pelanggan setia kami, pengunjung yang hadir pada acara ini juga berpeluang mendapatkan kupon bagi pembelian baju raya untuk potongan harga.
“Mereka yang hadir berpeluang untuk mendapatkan koleksi raya terbaharu Jakel dengan menampilkan warna dan trend terkini meliputi semua peringkat umur,” ujarnya. – HIBGLAM