SEKALI lagi nama penyanyi MK K-Clique ‘naik’ dalam laman sosial apabila memperuntukkan masa dengan aktiviti bermanfaat ketika disolek sebelum persembahan Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), baru-baru ini.
Perkara yang dilakukan bapa kepada seorang anak itu adalah membaca al-Quran, sekali gus membuatkan peminat memujinya.
Situasi tersebut dikongsikan seorang jurusolek, Zulyasrani menerusi video pendek dalam hantaran TikToknya.
MK yang sedang didandan untuk muncul bersama Meerfly kelihatan membelek telefonnya dan pada skrin tersebut terpapar ayat suci al-Quran.
Sejuk tengok MK yang nyata jadi contoh kepada orang lain termasuk Diva sendiri apabila selalu leka dengan benda lain kalau telefon di tangan.
Pada masa sama, ramai peminat turut memuji langkahnya yang menggunakan khidmat jurusolek lelaki sebagai penata rias.
Banyak sebenarnya sikap positif MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dan paling penting sentiasa membumi walaupun popular.
DIVA: Belum ‘move on’ tengok AJL39.