Bukti cinta, Jefri Nichol cacah tatu nama Ameera Khan?

HUBUNGAN aktor Indonesia, Jefri Nichol dan pempengaruh Ameera Khan kembali menjadi perbualan hangat netizen selepas pelakon itu dilihat mencacah tatu baharu pada jari manisnya.

Lebih menarik perhatian, tatu tersebut tertulis akronim ‘AK’, yang dipercayai merujuk kepada nama adik kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan.

Perkongsian imej tatu itu mula tular selepas diulang siar dalam Instagram Story milik Jefri, namun tiada sebarang kenyataan rasmi daripadanya mengenai maksud tatu tersebut.

“Tatu itu macam jelas sangat. Kalau bukan nama Ameera, apa lagi?” komen seorang pengguna Instagram.

Jangan buat perkara macam ini kalau belum kahwin. Nanti menyesal,” tulis seorang lagi netizen.

Bagaimanapun, segelintir netizen mengecam tindakan pelakon Ali Topan itu mencacah tatu selain menyifatkannya kurang sesuai dengan budaya serta sensitiviti masyarakat setempat.

Kalau betul tatu itu untuk Ameera, mereka memang serius. Tapi buat tatu semata-mata untuk cinta? Bukan budaya kita,” ujar seorang netizen lagi.

Terdahulu, Jefri dan Ameera dilihat semakin terbuka mengenai hubungan mereka selepas beberapa ‘hint’ dikongsikan menerusi media sosial, termasuk foto dan video mesra meluangkan masa bersama.

Pasangan itu terus menjadi perhatian dengan spekulasi mengenai hubungan romantik mereka walaupun masih belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok