Berilmu, ramai puji Faizal Tahir jadi juri

KEMUNCULAN Faizal Tahir sebagai juri jemputan konsert final Calpis Soda One In A Million baru-baru ini meraih respons positif netizen.

Kata mereka, komen-komen dilontarkan Faizal sangat bernas dan ilmu yang dikongsi juga berguna buat para peserta.

Diva bersetuju dengan pandangan netizen, Faizal sememangnya layak duduk di kerusi juri.

Kalau jadi juri tetap pun apa salahnya sebab komen yang diberikan bukan jenis merepek.

Jadi, kalau ada apa-apa program realiti, Diva saran ambil Faizal sebagai juri.

Lagipun, sudah lama penonton mengharapkan kemunculan juri yang melontarkan komen berkualiti dan membina.

Diva: Semoga Ayu Raudhah dan Zaquan Adha kuat menghadapi dugaan ketika ini.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok