ENTAH kenapa sejak kebelakangan ini nama Datuk Aliff Syukri kerap muncul dalam media sosial Diva.
Belek punya belek, rupa-rupanya Aliff tular disebabkan ramai memujinya sebagai usahawan yang rajin dan tidak malu menjual apa jenis barang pun.
“Bagus betul tengok dia berniaga, tak malu jual jeruk pun.
“Macam-macam idealah datuk, lepas jeruk mangga kurma pula. Pandai ambil hati pembeli pula tu” komen netizen.
Dari produk penjagaan wajah, tas tangan, jeruk mangga dan terbaharu ialah kurma. Habis semua dia ‘balun’.
Memang kagum melihat kegigihan Aliff dalam berniaga, buat siaran langsung walaupun sudah bergelar jutawan. Jadi, Diva pun rasa dia memang layak dijadikan ikon dan contoh kepada usahawan lain.
Jangan malu berniaga waima jeruk mangga sekali pun, mungkin lepas ini dia jual kacang atau sambal belacan pula.
DIVA: Tak sabar nak dengar lagu raya Aliff Syukri tahun ini