Anak punca Paltrow jual rumah mewah RM98 juta

DUA anak semakin membesar menjadi antara faktor aktres Hollywood, Gwyneth Paltrow menjual rumah agam berkeluasan 8,000 kaki persegi di Los Angeles Mansion yang dibeli ketika bersama suaminya, penyanyi Chris Martin.

Asalnya, kediaman enam bilik yang dibeli pada harga RM40 juta sekitar 2012 tersebut dinilai berharga sekitar RM140 juta sebelum dibida pemilik baharu.

Begitupun, kediaman yang turut dilengkapi sebuah rumah tetamu, bilik permainan, gimnasium dan bilik wine tersebut dikatakan dijual kerana menyimpan banyak kenangan Paltrow dengan vokalis Coldplay itu.

Sumber terdekat bintang Ironman itu menegaskan keputusan menjual hartanah berkenaan tiada kena mengena dengan kenangan lalu.

Sebaliknya, situasi dua anak, Apple kini berusia 20, dan anak lelakinya, Moses, 18, tidak lagi kerap berada di rumah menjadi pendorong tindakan Paltrow.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok