‘Neelofa yang shopping, aku pula rasa seram’

KALAU sudah namanya Neelofa, apa sahaja dilakukan memang akan menjadi tumpuan ramai waima sekecil-kecil keadaan sekali pun.

Neelofa baru-baru ini menuai perhatian ramai apabila video yang memaparkan dia membeli barangan keperluan dapur dalam TikTok mencetuskan perhatian ramai.

Bagi netizen yang menonton video tersebut, mereka mengakui agak ‘seram’ dan gemuruh apabila Neelofa membeli barang sehingga dua troli tanpa melihat harga terlebih dahulu.

“Seronoknya jadi orang kaya, beli tanpa fikir harga.

“Neelofa yang ‘shopping’, aku pula rasa seram.

“Video ini buat aku nak pergi rumah dia dan lihat keadaan peti ais,” usik netizen.

Dalam masa sama, ada juga yang berharap Neelofa memuat naik lagi video sebegitu kerana mencetuskan keseronokan dalam kalangan suri rumah. Lain macam ya!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok