Lagu ‘Pokok Kelapak’ Marsha viral selepas 20 tahun

SELEPAS lagu Hening Rindu diumumkan sebagai pemilik trofi juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) Ahad lalu, banyak video berkaitan Marsha Milan mula diselongkar peminat.

Bukan sahaja persembahan hebatnya pada AJL36 menerusi lagu Cinta, netizen turut mengorek rakaman ketika dia menyertai Akademi Fantasia musim ketiga (AF3)!

Paling lucu, video Marsha menyanyikan lagu signaturnya iaitu Pokok Kelapak tular kembali.

Rata-rata netizen generasi muda teruja mendengar lagu ciptaan Marsha yang menjadi siulan ramai pada waktu itu. 

“Lagu ini sangat comel, Marsha pula ada suara dan karakter yang manja.

“Aku hafal lagu Pokok Kelapak sebab memang peminat setia AF3 dulu,” komen netizen.

Selain lagu, ramai berpendapat Marsha sememangnya berbakat besar dan layak menang AJL39 baru-baru ini.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok