NAMPAKNYA isu penyondol tidak akan habis diperkatakan khalayak, dah jadi macam sambal belacan, kalau tak ada, makan nasi rasa tak lengkap. Pedas tapi berhantu.
Cuma hal kurang elok yang sampai ke telinga Diva kali ini membabitkan seorang selebriti wanita bergelar pengacara dan pelakon.
Didakwa mempunyai hubungan dengan lelaki berstatus suami orang, paling terkejut ada sumber ‘pecah lobang’ mendakwa mereka ke luar negara bersama-sama.
Khabarnya mereka terbang ke destinasi tak dapat dipastikan selama empat hari bermula pada 26 Januari. Nak jadi cerita, si isteri lelaki terbabit sudah dapat tahu kegiatan mereka.
Mungkin mereka ada urusan perniagaan, jadi kita bersangka baik. Kalau sebaliknya, itu bukan urusan kita.
Dengarnya, ada pihak yang mahu sebarkan perincian butiran penerbangan mereka sebagai bukti percutian tersebut.
DIVA: Doakan yang terbaik untuk Zehra dan suami, gaduh lepas raya boleh tak?