BERLAKON drama cinta dan air mata serta pegang watak penyondol tetapi badan Astrid lakonan Sharifah Sakinah boleh berlipat dalam Curang Tanpa Niat?
Itu yang berlaku dalam satu babak melibatkan Sakinah dan Fauzi Nawawi sehingga tular dalam media sosial.
Menerusi babak tersebut, Fauzi yang memegang watak Mr. Chen dilihat melakonkan aksi menendang Sakinah sehingga aktres itu jatuh ke belakang sebelum melakukan ‘backflip’!
Aksi Sakinah itu menerima pujian ramai kerana dikatakan melakukan babak tersebut sendiri tanpa memerlukan pelakon lagak ngeri menggantikannya.
“Powerlah Sakinah boleh backflip laju macam itu.
“Usaha Sakinah untuk watak Astrid memang lain macam. Layak terima pujian.
“Selalunya kalau babak kena tendang hanya jatuh terjelepuk tetapi Sakinah sampai berlipat badan,” komen netizen.