‘Semua saya dah rasa, tanya Beego sendiri apa sebab cerai’

DIDAKWA memohon cerai kali ketiga akibat menjadi mangsa keganasan rumah tangga, pelakon Linda Hashim meminta persoalan tersebut ditanyakan kepada suaminya, Beego.

Enggan memanjangkan cerita, Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim berkata, dia sudah melalui pelbagai perkara sebelum nekad mahu bercerai lagi.

“Itu boleh tanya Beego sendiri. Saya tak nak komen lebih-lebih mahupun panjangkan cerita.

“Cukuplah apa yang saya sudah lalui ini sebab semua saya dah rasa,” katanya ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Masih berteka-teki tentang perceraian, pelakon Syaitan Munafik itu turut enggan membuka mulut berkaitan kewujudan orang ketiga.

“Saya tidak mahu caka tentang mengenai wujud orang ketiga,” ujarnya.

Jelas Linda,m hatinya sudah kosong selain Beego juga mensia-siakan banyak peluang yang diberi selama ini.

“Ini adalah permohonan cerai kali ketiga. Saya nekad teruskan perceraian ini. Sebelum adanya kali ketiga ini kan adanya peluang pertama dan kedua?

” Jadi, (peluang) kali pertama dan kali kedua itu sepatutnya harus dijaga dan diperbaiki tetapi saya tak nampak (kebaikan). Ini keputusan sukar tapi bersebab,” katanya yang sudah empat bulan tidak sebumbung.

Mahkamah menetapkan 6 Mac depan merupakan tarikh sebutan kedua bagi kes tersebut selepas Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, tidak muncul hari ini.

Menerusi makluman mahkamah, notis yang diserahkan kepada defendan (Beego) itu tidak berjaya.

Linda mengajukan permohonan cerai terhadap Beego pada 17 Januari lalu di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Islam atas alasan tidak mempunyai persefahaman.

Ini merupakan kali ketiga dia menfailkan cerai memandangkan sebelum ini mereka sudah berpisah sebanyak dua kali.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 itu pernah bercerai pada 27 Mac 2023 namun rujuk semula pada 9 April 2023 sebelum kembali berpisah beberapa bulan selepas itu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok