Sabrina Carpenter tapau Album Vokal Pop Terbaik Grammy 2025

TUAH buat penyanyi Sabrina Carpenter apabila berjaya merangkul trofi anugerah Album Vokal Pop Terbaik Grammy Awards 2025 yang berlangsung di Los Angeles, hari ini.

Dalam nada sebak, pemilik nama lengkap Sabrina Annlynn Carpenter, 26, berkata, kemenangan itu di luar jangkaannya memandangkan persaingan sangat sengit.

“Betul-betul tak sangka! Semua artis yang dicalonkan dalam kategori ini kegemaran saya, masih tak boleh percaya saya boleh ada bersama mereka.

“Ini adalah Grammy kedua saya, rasa nak menangis.

“Anda tak tahu betapa saya sayangkan album ini dan betapa besar maknanya bagi saya,” kata Sabrina.

Menerusi kemenangan itu, Sabrina berjaya menundukkan Ariana Grande, Billie Eilish, Taylor Swift dan Chappell Roan sekali gus membuktikan pengaruhnya dalam muzik pop.

Kemenangan diraih juga adalah hasil kejayaan album Short n’ Sweet yang dilancarkan pada 2024.

Selain anugerah Album Vokal Pop Terbaik, pelantun lagu Please Please Please itu turut mengungguli trofi Persembahan Solo Pop Terbaik menerusi lagu Espresso.

Dia sekali lagi membuktikan kehebatan apabila berjaya menyingkirkan lawannya iaitu Beyonce, Billie Eilish, Chappell Roan dan Charli XCX. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok