Makin berisi, ramai doakan Mamat Exists

KEMUNCULAN Mamat Exists di program Gegar Vaganza minggu lalu membuatkan ramai peminatnya teruja sehingga tular dalam media sosial.

Diva tertanya-tanya juga kenapa tiba-tiba nama Mamat boleh viral pada Ahad lalu, iyalah bukan ada isu panas pun.

Rupa-rupanya ramai gembira melihat Mamat semakin sihat dan nampak makin berisi.

Ada juga peminat kata Mamat semakin kacak. Memang macam-macam pujian yang Diva baca termasuk doa dia tidak lagi terjebak dengan bahan terlarang.

Macam inilah baru okey Mamat. Tak mahulah kurus lagi.

“Alhamdulillah, semakin sihat. Teruskan rawatan dan istiqamah menjauhi benda terlarang itu ya,” komen netizen.
Diva pun harapkan benda sama dan doa kerjaya seni Mamat akan kembali rancak seperti dulu.

Diva: Makin rumit kes rumah tangga Along Cham dan Afreena Suhaimi ya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok