‘Boleh ke kita haramkan bunga api untuk semua?’

Pelakon dan usahawan Nadiyah Shahab berharap penggunaan bunga api diharamkan di negara ini.

Perkara tersebut disuarakan pemilik nama lengkap Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, 31, kerana haiwan peliharaannya hidup dalam ketakutan selepas mendengar letupan bunga api pada malam perayaan Tahun Baru Cina.

Boleh ke kita haramkan bunga api untuk semua?

“Jumlah kucing dan anjing yang meringkuk ketakutan setiap malam.

“Saya sedih melihat kucing saya dalam keadaan sebegitu,” katanya dalam Threads.

Bagaimanapun, pendapat pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu itu menerima respons negatif dan rata-rata netizen memohon dia bina bilik kalis bunyi buat kucing kesayangannya.

“Jika kami tidak boleh mengawal keadaan, optimumkan rumah untuk kucing. Buat bilik kalis bunyi,” katanya netizen.

Saya rasa daripada haramkan bunga api, lebih baik melarang mereka yang suka memakai pakaian terdedah,” ujar netizen lain.

“Jangan jadi ‘joy killer’, saya pun ada kucing dan saya tenangkan dia,” tegas netizen lagi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok