‘Sudah 2025, masih ada soalan begini’

DIDAKWA terlalu memilih pasangan, penyanyi Amira Othman mengakui jemu apabila kerap diasak soalan mengenai perancangannya untuk menamatkan zaman bujang.

Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, 32, berkata, soalan berkaitan jodoh dan perkahwinan tidak sepatutnya wujud dalam kamus hidupnya pada tahun 2025.

“Sudah tahun 2025 pun ada lagi soalan macam ini ya, ingat 2024 saja ada.

“Beginilah soalan-soalan selalu saya dapat. Ingatkan azam baru tiada lagi soalan macam ini,” katanya dalam Instagram Story baru-baru ini.

Amira berkata demikian bagi menjawab soalan netizen yang bertanya bila dia akan menamatkan zaman bujang.

Bukan itu sahaja, terdapat juga netizen yang bertanya sama ada Amira mempunyai kerisauan dirinya akan ‘expired’ (tarikh luput) sekiranya tidak berkahwin awal.

“Bila nak kahwin? Tak takut ke ‘expired’ nanti?

“Bila nak kahwin? Memilih sangatlah tu,” komen netizen.

Sejak kebelakangan ini, nama Amira hangat menjadi sebutan dalam media sosial selepas didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor sensasi, Fattah Amin.

Dakwaan tersebut muncul selepas video ‘recap’ 2024 Amira yang dikongsi dalam Instagramnya tular termasuk kelibat sosok seorang lelaki tinggi memakai topi dan cermin mata hitam yang didakwa Fattah.

Rentetan itu, netizen mula berteka-teki mengenai identiti lelaki tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok