Pelakon Sherry Ibrahim tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang masih meninggalkan komen negatif kepadanya dalam media sosial.
Sherry atau nama penuhnya Syarizad Ibrahim, 42, berkata, amaran tersebut adalah untuk individu yang masih menuduhnya masih belum move on dipercayai daripada hubungan cinta lalu.
“Perangai sebenar macam mana tu? Awak yang komen dalam TikTok saya, tulis yang bukan-bukan, awak yang mungkin tak move on.
“Sudah masuk tahun baharu tak ada benda yang perlu dikaitkan. Sekali lagi awak tulis, tunggu peguam saya.
“Jaga diri dan semoga hati awak sentiasa tenang dan dibuang perasaan benci,” katanya dalam sebuah video.
Dihantui dengan dakwaan tidak move on dalam beberapa hantaran media sosial, Sherry meminta individu tersebut berhenti mengganggu dan menyebar fitnah mengenainya.
“Move on pasal apa ya? Awak ada masalah bahagian mana, boleh terangkan tak?
“Tiada siapa yang nak menghentam dan awak sahaja yang rasa begitu. Nak tulis supaya orang membenci, serta semua itu adalah fitnah.
“Jadi, kalau awak tak kenal saya dan tiada bukti, jangan suka hati nak komen macam itu. Hentikan kebencian! Ke awak yang tak move on?” ujarnya membalas komen individu tersebut.
Sherry berkongsi komen individu berkenaan yang dilihat masih tidak berpuas hati dengannya.
“Orang luar boleh nampak perangai sebenar Sherry Ibrahim ni. Orang baru gertak sikit sudah meroyan,” dakwa individu itu. – HIBGLAM