Saya seorang ayah, bukan ‘monster’ – Suami Zahnita

KUANTAN – “Saya bukan ‘monster’. Dah banyak saya korban untuk keluarga tapi saya tak verbal.”

Demikian kata suami kepada bekas model, Zahnita Dorothy Hussein Wilson iaitu Abd Zackery Ghouse Abd Ghani,46, sekali gus nekad akan mempertahankan diri di mahkamah.

Kata usahawan perlombongan itu, akibat pelbagai dakwaan yang dilaporkan pelbagai pihak dalam kes melibatkannya dan Zahnita, dia menerima begitu banyak tohmahan dilemparkan oleh netizen sedangkan perkara itu tidak benar.

“Saya dapati seluruh rakyat yang mengikuti dia (Zahnita) menganggap saya ini seorang yang ganas, ‘monster’ termasuk seorang yang memukul isteri dan menganiayai anak-anak itu tak betul.

“Saya adalah ayah, saya melindungi anak-anak saya dan juga anak bongsu saya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Mahkota Height di sini hari ini.

Pada 5 Disember lalu Abd Zackery didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan di sini atas pertuduhan mencederakan bekas pelakon itu diikuti pada 9 Disember Mahkamah Majistret membenarkan permohonannya untuk mendapat perintah perlindungan interim (IPO).

Pada 6 Disember tahun lalu Mahkamah Tinggi Syariah Pahang membenarkan hak jagaan sementara exparte diberikan kepada Zahnita selepas beliau memohon kepada mahkamah mendapatkan jagaan anaknya.

Dalam pada itu, Abd. Zackery Ghouse berkata, pada masa ini dia tidak dapat tidur lena mengenangkan anak bongsunya yang mengalami masalah autisme.

Difahamkan, anak istimewa itu kini berada di bawah jagaan Zahnita.

Jelasnya dia risau kejadian anaknya yang sebelum ini pernah ‘hilang’ apabila keluar seorang diri dari rumah sebelum ditemukan jauh daripada rumah. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok