DITUDUH curang sepanjang perkahwinan, model sensasi Zahnita Wilson tampil menyangkal dakwaan suaminya, Abdul Zackery.
Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, menegaskan dia setia sepanjang hampir 20 tahun bergelar isteri selain meminta suami mengemukakan bukti kecurangannya.
Siapa yang curang sebenarnya? Saya sentiasa setia sepanjang bergelar isteri.
“Selama ini memang taat.
“Saya curang, mana buktinya?,” katanya dalam laporan sebuah portal berita.
Tegasnya lagi, dia hanya keluar rumah bagi melakukan aktiviti menjaga kesihatan diri.
Saya keluar rumah pun hanya untuk menyelamatkan diri daripada masalah kesihatan mental serta penderaan fizikal dan emosi,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Zackery menyangkal dakwaan Zahnita wujudnya orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.
Malah, dia mendakwa Zahnita yang menduakan dirinya sekitar 10 tahun lalu.
Tidak hanya itu, Zackery turut menyatakan Zahnita pernah melarikan diri bersama seorang lelaki selama enam bulan. – HIBGLAM