Penyebab muflis, Hana tak mungkin bersahabat dengan Watie Elite

Bekas penyanyi kumpulan Elite, Hana Adnan tidak mungkin kembali bersahabat dengan Watie selepas dirinya terpalit isu diisytihar muflis beberapa tahun lalu.

Menurut Hana atau nama sebenarnya Norhanasafiza Adnan, 47, kejadian tersebut benar-benar memberi kesan mendalam terhadap dirinya.

Hampir 10 tahun saya diisytihar muflis. Kejadian itu benar-benar membuatkan saya tertekan. Saya penat naik turun mahkamah. Saya hilang keluarga, hilang kerjaya, hilang keyakinan diri dan hilang segalanya.

“Apa yang berlaku pada saya, kalau orang tak kuat mungkin boleh terus jatuh tersungkur. Tetapi saya bersyukur kerana masih dikurniakan ahli keluarga dan sahabat yang banyak menyokong saya.

Tetapi untuk kembali bersahabat dengan dia (Watie) perkara itu tidak mungkin terjadi sama sekali. Maaf cakap. Biarlah orang nak kata saya jahat, tetapi saya tidak perlukan kawan seperti itu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Lama menyepi dari industri hiburan, Hana dia kini lebih selesa bekerja di belakang tabir dan belum terfikir untuk kembali aktif dalam bidang seni.

Kalau saya nak buat ‘comeback’ pun mungkin dalam bidang peragaan. Tetapi tunggulah beberapa tahun lagi,” ujarnya.

Untuk rekod, nama Hana pernah diisytihar muflis pada 1 April 2013 selepas Watie yang menggunakan namanya untuk membeli sebuah kereta Toyota Wish pada tahun 2005, namun gagal menjelaskan pinjaman bank sejak September 2010. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok