Nyanyi lagu Arab, Nonny ‘belanja’ video bercoli hitam

Kental dengan penampilan berani mati, pelakon penyanyi sensasi, Nonny Nadirah memuat naik sebuah video menyanyikan lagu Arab dengan hanya bercoli hitam dan bertopi.

Nonny atau nama lengkapnya Nonny Nadirah Zainuddin, 35, berkata, dia kini sedang mempelajari dendangan berbahasa Arab.

“Belajar lagu Arab jap (sekejap),” kongsinya dalam hantaran dalam Instagram.

Seakan-akan menyedari hantaran tersebut bakal dihujani kecaman, bekas peserta Akademi Fantasia musim lima itu bertindak menutup ruangan komen seperti dilakukan terhadap hantaran terdahulu.

Walaupun mengkaburkan bahagian atas payudaranya, namun masih jelas kelihatan lurah serta baju dalam atau bra seolah-olah sengaja mahu ‘belanja’ pengikut.

Dia juga sempat mengangkat tangan sekali gus menampakkan bahagian bawah lengannya yang cerah.

Ini bukan kali pertama Nonny berkongsi video berbaur lucah kerana dia pernah memuat naik video hanya berkemban dengan tuala dan kain keffeyah selain berkongsi aksi mandi di bawah pancuran.

Menjengah ke Instagramnya, penampilan dengan coli juga dilakukan ketika mempromosikan sambal pada 4 Januari lalu.

Terdahulu, pelakon drama Luka Di Hati Diya itu juga berani menunjukkan klip duduk mencangkung hingga nyaris menampakkan alat sulitnya ketika menjual produk.

Nonny sebelum ini mendakwa berdepan dengan gangguan sihir sehingga wajahnya senget sebelah sekitar tiga tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok