Kreatif! Gaun Aina Abdul guna 5,000 ‘cable tie’

KALAU tidak pelik dan unik bukan Aina Abdul namanya.

Terbaharu, Aina menuai perhatian ramai apabila dikatakan memakai busana yang dihasilkan dengan menggunakan lebih 5,000 cable tie (tali pengikat).

Cable tie boleh digunakan untuk dres juga tetapi tercucuk-cucuk sikitlah sesiapa yang berdiri sebelah Aina.

“Dengar cerita, pereka fesyen menggunakan lebih kurang 5,000 cable tie untuk dres ini,” katanya.

Gaun berwarna merah dan hijau rekaan Masyadi Mansoor itu meraih pujian ramai dengan mengatakan Aina tidak pernah sepi daripada memakai busana yang mengangkat hasil kerja pereka tempatan.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh cable tie akan laris di pasaran selepas ini disebabkan Aina.

Memang habis dan laku keras cable tie selepas ini sebab semua nak buat baju menggunakannya.

“Dari jauh tak nampak macam guna cable tie, kreatif betul!” puji netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok