‘Kebakaran LA, amaran Tuhan buat Amerika Syarikat’

Menzahirkan takziah terhadap mangsa kebakaran di Los Angeles, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menyifatkan tragedi membabitkan enam wilayah di bandaraya terbesar California itu sebagai amaran Tuhan.

Kata Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, ini kerana kerajaan Amerika Syarikat (AS) menerusi negeri California menjadi penyumbang tertinggi kepada Israel untuk menjarah Palestin.

“Perasaan simpati saya kepada mangsa, tetapi mari kita lihat situasi ini dari sudut pandang yang berbeza. Ini adalah ‘amaran’ dari Tuhan. Ini adalah definisi terbaik Allah bayar ‘cash’.

Menurut Financial Times, anggaran kerugian kewangan yang AS hadapi sekarang adalah sekitar RM608 bilion sehingga RM676 bilion akibat kebakaran hutan ini dan menjadikan tragedi ini sebagai ‘The Cosliest Disaster in U.S History.’

“Jummlah wang diberikan kerajaan AS kepada Israel pula RM18.1 bilion setiap tahun malah lebih memeranjatkan negeri paling tinggi sumbangan kepada Israel adalah California iaitu sebanyak RM2.7 bilion.

“Dengan duit dan dana inilah mereka gunakan untuk menghancurkan bumi Palestin. Faham tak? Nampak tak? Kalau ini tidak jelas lagi, tak tahu lah,” katanya dalam hantaran Instagram.

Menurut Uyaina lagi, perbuatan dilakukan kerajaan AS terhadap Gaza serta rakyat Palestin sudah mendapat balasan.

Setiap perbuatan sama ada baik atau buruk akan dibalas Allah SWT sama ada di dunia atau akhirat berdasarkan apa yang dia lakukan.

“Jelas. Ini adalah amaran dari Tuhan buat Amerika Syarikat,” ujarnya.

Menerusi perkongsian sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menunjukkan perbezaan suasana ketika dia melawat Los Angeles dia tahun lalu dengan sekarang

“Gambar pertama itu saya ambil waktu saya di LA pada November 2023.

Sangat menakutkan apabila tengok gambar, video dan berita tentang kebakaran hutan yang melanda California sekarang ini.

“Api menjilat segala apa yang berada dihapadannya. Nauzubillah,” katanya.

Sejak 6 Januari lalu lebih 8,500 anggota bomba dan pasukan penyelamat berhempas-pulas mengawal api daripada terus merebak yang kini dikatakan berpotensi merebak ke bandar lain berikutan angin kencang.

Jumlah korban kekal pada 24 orang, sementara kiraan anggaran 12,000 struktur yang rosak atau musnah belum berubah, menunjukkan usaha pemulihan yang besar perlu dilaksanakan. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok