‘Jangan bersedih Fatima, hati daddy memelukmu selamanya’

RINDU terubat, pelakon Fattah Amin dilihat berjumpa dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya meski cuma seketika.

Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, menasihati anaknya supaya tidak bersedih kerana hatinya tetap akan mendakap permata hatinya itu.

Fatima, jangan bersedih meski tadi (semalam) daddy memeluk dirimu sejenak sahaja.

“Yang perlu kamu tahu, hati daddy memelukmu selamanya,” katanya dalam hantaran Instagram.

Rata-rata tersentuh dengan hantaran swafoto Fattah bersama Fatima dan berharap kasih sayang mereka kekal sampai bila-bila.

“Fattah, tolong bagi perhatian lebih kepada dia (Fatima). Dia patut dapat lebih kerana pada usianya, dia terpaksa melalui banyak perkara,” ujar pengikut.

Sedihnya, bila terpisah dengan seorang ayah. Sabar ya Fatima, Allah tahu mana yang terbaik,” jelas peminat.

“Harapnya hubungan ayah dan anak tidak diputuskan sampai bila-bila. Fatima layak menerima kasih sayang ibu dan ayah sampai jannah,” tutur netizen.

Sebelum ini, Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 7 Oktober lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok