PELAKON dan penyanyi popular Erra Faira mencuri perhatian ramai apabila menggelar dirinya ‘Miss E’ ketika diusik mengenai khabar angin menjalin hubungan cinta dengan jejaka dikenali sebagai Mr E pada konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim ke-11, semalam.
Tiada sebarang penafian yang muncul daripada mulut Erra, 51, jelitawan itu sebaliknya hanya tergelak ketika pengacara Gegar Vaganza, Nabil Ahmad mula membuka topik tentang kedai kuih dan gosip cintanya yang tular sejak beberapa hari lalu.
Kenapa tiba-tiba nak tanya tentang kuih?
“Dia salah, Miss E (merujuk kepada dirinya),” jawabnya ringkas.
Difahamkan, Erra hadir ke GV11 bagi mempromosikan program terbaharunya, Borak Seeni.
Rakan selebriti yang juga pengacara program Borak Seeni, Haziq Hussni sempat berseloroh Mr E berpesan kepadanya supaya menjaga Erra.
Mr E ada minta saya datang jaga (Erra),” ujarnya.
Terdahulu, Erra menjadi bualan ramai apabila memuat naik ucapan manis dalam InstaStory buat seseorang disulami lagu Semoga Abadi dendangan Misha Omar.
Gambar sosok lelaki dan perempuan yang digelapkan juga menguatkan spekulasi bahawa hantaran itu ditujukan kepada seseorang yang istimewa dalam hatinya.
Kurang sehari, ramai mula membuat andaian bahawa Mr E adalah Ezwan Zain, 44, pengusaha kafe kuih terkenal sekitar Lembah Klang.
Lebih menguatkan spekulasi, Ezwan turut memuat naik foto Erra dalam InstaStory sewaktu mereka keluar makan malam bersama sempena sambutan tahun baharu. – HIBGLAM