MESKI kehadiran 2025 disambut secara sederhana, keluarga aktor Bruce Willis tetap berkumpul seperti biasa.
Masih memerlukan perhatian rapi, masalah Demensia Frontotemporal (FTD) iaitu gangguan otak terhadap keperibadian, perilaku dan bahasa yang dihidapi Willis membuatkan ahli keluarga sentiasa memerhatikannya.
Situasi tersebut mempengaruhi emosi isterinya, Emma Heming yang mengakui pernah tertekan apabila keadaan Willis tidak berubah sejak disahkan dimensia dua tahun lalu.
Begitupun, Heming berkata perasaan itu hanya hadir seketika apabila tersedar dia tidak wajar mempertikaian takdir.
Walaupun Willis kini tidak lagi seperti dahulu, kasih sayangnya terhadap lelaki itu tidak pernah berubah.
Malah, dia sentiasa mengingatkan diri bahawa apa yang berlaku terhadap Willis merupakan ujian buat keluarga sekali gus mengukuhkan lagi kasih sayang antara mereka. – HIBGLAM