Dah bertunang, Tom Holland dapat restu bapa Zendaya

PASANGAN pelakon terkenal Hollywood, Tom Holland dan Zendaya dilaporkan telah pun mengikat tali pertunangan baru-baru ini.

Berita mengenai pertunangan pelakon filem Spider-Man itu mula hangat diperkatakan selepas Zendaya dilihat memakai cincin di jari manisnya sewaktu menghadiri acara Anugerah Golden Globes awal minggu ini.

Menurut bapa Holland yang juga pelawak terkenal, Dominic Holland, anak bujangnya telah meminta izin bapa Zendaya terlebih dahulu sebelum melamar aktes jelita itu.

“Holland seorang yang sangat hebat dan dia membuat persiapan rapi sebelum melamar Zendaya. Dia telah membeli sebentuk cincin dan berbincang terlebih dahulu dengan bapa Zendaya mengenai perancangannya untuk melamar.

“Dia rancang segalanya dengan rapi, bila, di mana, bagaimana, apa hang harus dikata dan apa yang harus dipakai. Dia lebih hebat daripada saya sewaktu melamar ibunya dulu,” kongsinya dalam media sosial.

Biarpun telah bertunang, Tom dan Zendaya khabarnya tidak merancang berkahwin dalam masa terdekat.

Tom dan Zendaya mula berpacaran selepas mereka sama-sama terlibat dalam filem Spider-Man : Homecoming sebagai pasangan kekasih pada 2017. – HIBGLAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok