‘Cinta’ Amira Othman, Fattah Amin wayang ‘marketing’?

NAMA penyanyi Amira Othman terus hangat diperkatakan selepas dikaitkan dengan pelakon Fattah Amin apabila netizen mendakwa menjalin hubungan istimewa.

Namun, peminat mula menyedari bahawa kehangatan kisah cinta itu tidak lebih sekadar ‘marketing’ selepas konten media sosial kedua-duanya kelihatan berkait.

Segalanya bermula apabila Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 32, berkongsi video TikTok yang menyelitkan suara seorang lelaki dipercayai milik Fattah.

Lebih membangkitkan tanda tanya pada tarikh 10 Januari 2025, seolah-olah ‘isyarat tersembunyi’ untuk pelancaran sesuatu yang besar.

Ini pasti ‘teaser’ untuk lagu baharu. Dah banyak kali tertipu dengan gimik macam ini,” komen seorang pengguna TikTok.

“Lama dah kami curiga. Ini mesti gimik untuk projek baharu,” komen seorang peminat.

“Bijak bermain emosi! Dah dua kali tertipu, tapi tetap nak tahu apa yang berlaku,” tulis pengguna TikTok

Walaupun ada yang bersikap terbuka, tidak kurang juga meluahkan rasa kecewa kerana berharap kisah cinta tersebut benar-benar menjadi kenyataan.

“Saya betul-betul ingat mereka bercinta. Rasa macam kena main pula,” komen seorang peminat.

Janganlah buat kami yang berharap ini rasa kecewa, ingat betul dalam fasa mengenal hari budi,” tulis netizen.

Terdahulu, video rangkuman 2024 milik pelantun lagu Hati Hati itu mencetuskan spekulasi apabila kelihatan kelibat seorang lelaki yang didakwa Fattah.

Sejak itu, nama mereka menjadi bualan hangat netizen.

Menambahkan lagi kekeliruan, Amira turut meninggalkan komen pada video milik pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu yang menyenaraikan ciri-ciri wanita pilihan selepas menyedari namanya disebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok