‘Balang solat’, pandai Diana Danielle didik anak

BARU-BARU ini sebuah perkongsian Diana Danielle mencuri perhatian ramai apabila anak perempuannya, Nur Aurora membuat ‘balang solat’.

Idea mewujudkan ‘balang solat’ itu dibuat sebab sebelum ini anak-anaknya agak liat bangun untuk menunaikan solat subuh. Jadi setiap kali anak-anak solat, Diana akan memasukkan duit ke dalam balang sebagai hadiah untuk mereka.

Bukan sahaja solat, dia juga mengajar anaknya untuk menghafal ayat-ayat lazim tetapi dengan cara sehari satu baris.

“Sehari perlu hafal satu baris. Hanya mengambil masa lima minit dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Kalau sudah lengkap hafal, kami akan meraikannya dengan keluar makan.

“Jadikan proses itu mudah dan menyeronokkan kerana mereka juga mempunyai keinginan untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Diva tabik jugalah cara Diana mendidik anak. Iyalah, ketika ini dia juga sedang bergelut dengan isu rumah tangga yang tidak berkesudahan dengan suami tetapi anak-anak tetap tidak terabai.

Diva: Menyampah dengan ibu bapa yang didik anak dengan berbahasa Inggeris sehingga langsung tidak bertutur dalam bahasa Melayu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok