‘Akhirnya orang kenal Amir Masdi dan lagunya’

PENYANYI Amir Masdi tidak menyangka lagu ciptaannya bersama Edry Abdul Halim, Nur Cinta mendapat sambutan hangat pencinta muzik tempatan.

Menurut Amir atau nama lengkapnya Amir Syazwan Masdi, 29, pencapaian yang menggembirakan itu merupakan antara impiannya sejak berkecimpung dalam dunia seni.

Momen sebegini adalah apa yang saya inginkan sejak bergelar penyanyi. Akhirnya orang kenal siapa Amir Masdi dan lagunya. Sebelum ini mungkin orang kenal Amir Masdi tapi tak tahu apa lagu-lagu saya. Ada juga yang tahu lagu tetapi tak tahu saya adalah penyanyinya.

“Lebih manis apabila lagu ini adalah ciptaan saya sendiri bersama abang Edry. Saya anggap kejayaan ini sebagai bonus. Tambahan pula lagu ini menjadi lagu tema drama fenomena, Andai Tiada Dia, “ katanya ketika ditemui di Anugerah Nona Superwoman 2024.

Biarpun baru sahaja dilancarkan, peminat sudah meletakkan harapan tinggi Nur Cinta mara ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Begitupun,  Amir yang merupakan juara Akademi Fantasia 2016, terlalu awal untuk dia berfikir sejauh itu.

Masih terlalu awal untuk bercakap tentang AJL. Tetapi jika ada rezeki sudah pasti saya mahu lagu ini ke pentas berprestij seperti AJL. Tambahan pula saya terlibat dalam pembikinan lagu ini. Jadi saya mahu juga mara ke AJL sebagai pencipta lagu,” jelasnya.

Perkembangan lain, Amir kini sibuk dengan persiapan menjelang AJL39 yang akan berlangsung pada Februari depan. Amir bakal mempertaruhkan lagu Sengaja ciptaan Hang Nadim dan lirik oleh Bunga Cantik. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok