Ahmad Dhani dedah tarikh kahwin Al Ghazali

PENYANYI Ahmad Dhani mendedahkan perancangan pernikahan anak pertamanya, Al Ghazali dengan Alyssa Daguise yang bakal diadakan pada Jun ini.

Majlis tersebut akan berlangsung selama dua hari berikutan pemilik nama sebenar Dhani Ahmad Prasetyo itu mahu menjemput ramai kenalannya.

“Majlis tersebut bakal diadakan pada pertengahan 2025 tetapi tarikhnya masih dirahsiakan.

“Pada awalnya, Al Ghazali mahu mengundang 300 tetamu tetapi saya bertegas mahu menambah jumlah tetamu memandangkan ada ramai kenalan.

“Jadi, disebabkan itu majlis pernikahan mereka akan diadakan selama dua hari. Hari pertama 300 tetamu, manakala hari seterusnya lebih ramai jemputan,” ujarnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok