Artis popular bercerai tahun lalu, kembali rujuk semula

TAHUN lalu menyaksikan banyak mahligai yang dibina selebriti tanah air runtuh di pertengahan jalan.

Boleh dikatakan2024 juga merupakan tahun yang paling ramai selebriti Malaysia bercerai dalam sejarah.

Namun dalam pada masing-masing sudah ‘move on’ dengan kehidupan baharu, ada pasangan selebriti yang dikhabarkan telah pun kembali rujuk.

Artis popular itu difahamkan telah rujuk dalam tempoh idah namun belum mendedahkan kepada umum tentang berita ini.

Malah ada yang telah terjumpa pasangan ini menghadiri majlis bersama sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa mereka kini telah kembali bersama.

Wajah artis tersebut juga kelihatan ceria dan berseri-seri selain juga kelihatan bahagia persis orang sedang hangat bercinta.

Ini bukan kali pertama artis di Malaysia rujuk dalam tempoh idah, sebelum ini ada juga selebriti popular yang melakukan hal yang sama.

Jika cinta masih menebal dalam diri, tidak salah untuk kembali rujuk terutamanya demi anak-anak yang masih kecil. Semoga hubungan selebriti ini sentiasa harmoni dan berkekalan hingga ke syurga. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok