KENYATAAN pelakon Nur Fazura yang meminta seorang kanak-kanak mendoakan agar dirinya hamil menjadi tanda tanya.
Menerusi video yang tular, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, sedang bergambar dengan seorang wanita dan tiga kanak-kanak.
Kemudian pelakon filem Ayat-Ayat Cinta 2 itu secara tiba-tiba mengeluarkan kenyataan terbabit sambil mengusap perutnya.
“Doakan auntie (mak cik) dapat baby boy (bayi lelaki) ya,” katanya.
Tindakan Fazura itu lantas mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat terutama selepas dia sah bercerai talak satu dengan aktor Fattah Amin pada 8 Oktober lalu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati dan mengharapkan agar harapan Fazura itu akan tercapai.
“Bila sudah bergelar ibu tunggal, jadi tanda tanya juga aku kenapa dia minta doakan untuk dapat anak lelaki.
“Semoga apa yang diharapkan itu tercapai. Kalau bukan Fattah, semoga akan dapat jodoh yang lebih baik nanti. Cuma kenapa perlu cakap macam itu.Bukan orang itu yang keliru, aku pun keliru.
“Insya-Allah, harap apa yang diimpikan itu akan berhasil. Kalau niat kita baik, insya-Allah ada rezeki kita nanti,” katanya.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun. – HIBGLAM