Ulang tahun ‘percintaan’ ke-6 Eyka, Akhyar

BARU bertunang Ogos lalu tetapi sambut ulang tahun percintaan keenam?

Pening, itu antara komen yang muncul selepas Eyka memuat naik perkongsian dia dan tunang, Akhyar Rashid menyambut ulang tahun percintaan mereka buat tahun keenam.

Ramai juga yang kecam sebab tidak manis dan sebagainya. Memang macam-macam komen negatif berbanding positif.

Bagi Diva perkara itu biasa sebab memang ramai lakukan sedemikian. Raikan tarikh perkenalan, hari mula bercinta dan sebagainya.

Mungkin Eyka hanya mahu meraikannya sebelum dia bergelar isteri tidak lama lagi. Iyalah, sudah bertunang pastilah akan berkahwin tidak lama lagi.

Harapnya kalau nak bernikah nanti tidak diadakan secara senyap-senyap ya seperti artis lain lakukan.

DIVA: Tak sangka sudah enam tahun mereka bercinta, sekejap betul masa berlalu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok