‘Ubai bukan kaki pukul, saya tak berkahwin dengan orang sebegitu’

KAKI pukul itu bukan mengenai Ubai. Apa punya benaklah tulis fitnah macam itu.”

Demikian respons penyanyi Shila Amzah yang menafikan dakwaan segelintir pihak mengatakan suaminya, Ubai kaki pukul dan panas baran.

Tampil menjernihkan keadaan, Shila, 34, menegaskan perkongsiannya tentang lelaki kaki pukul adalah mengenai kisah tragis rumah tangga bekas model, Zahnita Wilson yang mengejutkan orang ramai baru-baru ini.

Saya simpati dgn nasib yang menimpa Zahnita. Siapa yang pernah melaluinya sahaja tahu peritnya,” katanya dalam Instagram.

Dalam masa sama, pemilik nama penuh Nurshahila Amir Amzah itu menafikan dirinya berkahwin dengan pasangan panas baran selain meminta wanita yang tersepit dalam perkahwinan toksik segera keluar mendapatkan bantuan.

“Tidak, saya tidak berkahwin dengan orang begitu.

“Marilah kita doakan sesiapa yang belum dapat keluar dari masalah keganasan rumah tangga atau hubungan diberi kekuatan mental dan fizikal untuk segera lari daripafa pemangsa mereka.

Kepada rakan dan keluarga, kalau tiba-tiba kawan atau anak anda hilang serta gagal dihubungi, itu adalah salah satu tandanya. Tolong jangan biarkan mereka keseorangan,” tuturnya.

TANGKAP layar pencerahan Shila mengenai dakwaan suaminya panas baran dan kaki pukul. – INSTAGRAM

Baru-baru ini, Shila sekali lagi menegaskan individu yang mempunyai sikap panas baran dan kaki pukul tidak akan pernah berubah.

Ujarnya, golongan wanita seharusnya tidak dibutakan dengan wajah tampan seseorang dan memaafkan tanpa memikirkan akibat yang bakal mendatang. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok