377
ENTAH kenapa, trend solekan gaya wanita Latin menjadi ikutan ramai dalam media sosial khususnya TikTok baru-baru ini.
Ramai yang mencuba pelbagai teknik untuk memastikan solekan mereka ‘mengubah’ wajah persis wanita dari negara negara-negara Latin seperti Sepanyol, Mexico dan Portugal.
Disebabkan trend tersebut, nama seorang anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo turut menjadi bualan kerana dikatakan memiliki raut wajah seperti wanita Latin.
“Wajah Sabronzo ada ciri-ciri seksi seperti wanita Latin. Solekannya pun cantik.
“Tanpa solekan pun, dia memang ada iras wanita Latin terutama pada bahagian mata. Cantik!” komen netizen.
Disebabkan itu, beberapa video tutorial solekannya sebelum ini kembali tular dalam media sosial. – HIBGLAM