Tiz Zaqyah heroin pujaan Syamsul Yusof

KEHEBATAN lakonan pelakon Tiz Zaqyah memang tidak dapat dinafikan. Berilah apa saja watak pasti dia akan melaksanakannya dengan penuh kualiti dan bersungguh-sungguh.

Sibuk menjalani penggambaran filem seram bertajuk Khawarij arahan pengarah sensasi, Syamsul Yusof, Diva mengharapkan karya tersebut dapat memberi peluang untuk Tiz meriah anugerah Pelakon Wanita Terbaik tahun depan.

Lagi pun tuan pengarah sendiri memberikan pujian bakat luar biasa dalam lakonan. Jadi tentu ada lakonan yang diberikan mantap dan memukau.

Mana tidaknya, tengok foto dan video belakang tabir pembikinan filem tersebut sudah cukup buat peminat ‘tercengang’.

Diva sendiri tak sabar nak tonton filem seram arahan Syamsul dan pastinya setiap karya yang mendapat sentuhan beliau tentu mempunyai magis tersendiri. 

Diva: Kasihan baru jadi pelakon sudah kena ‘blacklist’.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok