‘Terima kasih 2024, naik satu lagi taraf’

PELAKON Kamal Adli menyifatkan kehadiran anak perempuannya, Hawra Uqaira sebagai anugerah terindah 2024 kurniaan Tuhan buat dirinya dan isteri, Uqasha Senrose.

Bagi Kamal, 38, banyak perkara berubah dan dipelajarinya sepanjang tempoh dua tahun perkahwinan dengan Uqasha selain menyifatkan kehadiran Hawra sebagai anugerah berganda daripada Tuhan.

“Sikit lagi nak masuk 2025. Alhamdulillah, Allah itu sebaik-baik perancang.

“Sejak kenal kemudian bercinta, melamar, bertunang dan kahwin, macam-macam kami lalui dalam graf kehidupan yang penuh pembelajaran.

“Proses hidup bersama banyak yang saya perlu belajar. Namun, apabila Allah hadirkan Hawra, itu ‘double’ anugerah Dia beri selepas Uqasha,” katanya dalam Instagram baru-baru ini.

Bintang filem Takluk: Lahad Datu itu juga mengakui kehidupan sebagai seorang bapa telah mengubah dirinya menjadi individu yang lebih matang.

“Naik satu lagi tahap sebagai suami dan ayah, sangat gembira. Terima kasih tahun 2024 atas terlalu banyak perkara yang boleh mematangkan seorang Kamal.

“Saya ingin ucapkan terima kasih tak terhingga pada Uqasha untuk diri awak dan Hawra.

“Manusia terbaik akan selalu jadi yang terbaik insya-Allah. Kita sama-sama jalani kehidupan ini dengan baik atas jalan Allah. Anugerah terindah yang pernah ku miliki. Terima kasih Allah, keluarga dan Uqasha,” jelasnya.

Terdahulun Kamal atau nama penuhnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli mendirikan rumah tangga dengan Uqasha, 32, pada 5 November 2021 di sebuah resort di Pahang selepas dua tahun bercinta.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Hawra yang dilahirkan pada April lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok