Tangisan Intan Ladyana hantar sekolah memang boleh ‘relate’

TINDAKAN Harris Alif merakam momen Intan Ladyana yang menangis sedih ketika menghantar anak sulung mereka, Evie Khadeeja kini berusia tiga tahun ke sekolah mengundang pelbagai respons.

Kata Intan, dia masih belajar untuk menerima realiti bahawa anak sulungnya itu sudah bersedia untuk memasuki alam persekolahan.

“Anak mommy dah ready, cuma mommy dia yang tak ready,” kongsinya.

Lebih lucu, Harris juga berkongsi gelagat Intan yang sanggup menunggu Eva di luar pagar sekolah.

Menurut netizen, situasi dilalui Intan itu adalah perkara normal terutama apabila melibatkan anak sulung. Kaum ibu akan terlebih emosi.

“Golongan ibu memang akan beremosi begini kalau anak mereka pertama kali masuk sekolah!

“Ini sindrom anak pertama. Memang sedih lihat anak menangis nak pergi sekolah. Tapi comel tengok Intan menangis!

“Apa pun, pujian harus diberi kepada Harris, rajin dan matang melayan emosi isteri,” kata netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok