Tak fasih Inggeris, IU tolak kolaborasi luar

Kurang keyakinan untuk berbahasa Inggeris, penyanyi IU mengakui pernah menolak beberapa peluang berharga untuk bekerjasama dengan artis antarabangsa. 

Ujar idola berusia 31 tahun itu, dia enggan wujud satu batas komunikasi sehingga menyebabkan hasil kolaborasi itu dilihat tidak ikhlas dan tiada keserasian.

Saya telah menerima banyak tawaran hebat pada masa lalu, tetapi saya menolak peluang itu.

“Saya berasa agak takut untuk bekerjasama dengan artis yang bercakap bahasa yang berbeza,” katanya menerusi satu rancangan temu bual.

Pun begitu, wanita jelita itu kini sudah lebih dari sedia untuk menyahut cabaran mempelajari bahasa asing demi meluaskan karier seninya.

Tetapi sekarang saya tidak berfikir begitu lagi (bimbang berbahasa Inggeris),” ujarnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok