21
Syarikat pengurusan anggota SHINee, Taemin, iaitu Big Planet Made (BPM) Entertainment bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran berita palsu melibatkan artis naungannya.
Hal ini selepas seorang pengguna X menyiarkan semula spekulasi hubungan antara idola berusia 31 tahun itu dan penari Noze yang didakwa berlaku pada tahun lalu.
Individu berkenaan memuat naik klip video yang menunjukkan Noze hadir pada konsert Taemin, sekali gus mencetuskan spekulasi tersebut.
“Kami akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan berita palsu ini.
“Tindakan tegas akan diambil untuk mengelakkan perkara seperti ini berulang,” kata BPM dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi platform X.